Friday, July 15, 2011

Suka-duka 2011 | Al-Fatihah : Junita Mohd Jalil Dalam Kenangan

Entry ni aku tulis khas utk sahabat@kakak@teman sekerja yg disayangi iaitu kak Ju..atau nama sebenarnya Junita Mohd Jalil..kehilangannya pada 16 April 2011 yg lalu amat memberi kesan buat aku dan temanku Nadia..kami bertiga amat rapat kerana arwah selalu menceritakan ttg penyakit dan masalah yg dihadapinya..kami sbg sahabat dan yg lebih muda darinya hanya mampu menasihati dan menyuruhnya bnyk bersabar aje..yg lain kami tak berani kerana bimbang kata2 kami akan membuatnya tersinggung atau berkecil hati..Tak sangka penyakit yg dideritainya merebak dgn begitu cepat sekali..itu lah yg dinamakan takdir dr Allah s.w.t...jika itu dh tertulis, maka itu lah yg terjadi...




Tak sangka ajal menjemputnya begitu cepat sekali di dlm umurnya yg baru 32 tahun..Terasa baru saja kenal dengan arwah tak sampai 2 tahun tapi tahap keakraban kami dh melangkaui segala2 nya...sempat juga kami melawat arwah 2 kali di hospital..pertama sekali di Hospital Bentong..waktu tu arwah masih boleh bergerak dan sedar ttg kehadiran rakan2 yg dtg melawatnya..dia juga masih mampu bercakap walaupn tak berapa jelas butir percakapannya...kali kedua kami melawat iaitu pada 14 April 2011..selang dua hari sebelum pemergiannya...waktu itu suami arwah dh beritahu arwah sudah tiada harapan dh berpesan supaya terus bagi kata2 semangat kpd arwah supaya dia tidak bersedih dgn keadaannya...sebak hatiku bila dpt bersua dgn arwah..walaupn sekejap ttp memori itu meningglkan kesan buat aku dan nadia...hingga ke saat ini kami masih lagi tak percaya yg arwah sudah tiada lagi kerana bayang2nya kdg2 masih dirasakan hingga ke saat ini..
Walau bagaimanapun..kami sebagai teman redha di atas pemergiannya dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yg beriman dan beramal soleh...

Kak Ju...semoga rohmu tenang dan damai di sana....Amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...