Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban buat seluruh kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja berada.. Kalau nak sebut tentang korban ni banyak maksud yang boleh dihuraikan.. bagaimanapun masing2 ada persepsi mereka yang tersendiri tentang makna pengorbanan itu sendiri.. (Ape daa aku cakap ni...hehehe..) tapi apa pun... setakat yang aku tau dan pelajari...pada setiap tahun ibadah korban dilakukan bertujuan bagi mengenang peristiwa Nabi Ibrahim a.s melakukan pengorbanan terhadap anakandanya Nabi Ismail a.s sebagai menguji ketaatannya terhadap perintah Allah s.w.t... 

Sambutan Hari Raya Haji tahun ni bagi aku sama aje seperti tahun2 sebelumnya... masing2 berkumpul kat rumah bonda tercinta sambil menikmati hidangan rendang dan ketupat serta tak lupa kuah kacang dan nasi minyak resipi keluarga turun-temurun... (hubby aku selalu bising suruh belajar dari mak resipi nasi minyak tapi aku bkn nya tak nak buat tapi takut bila tak menjadi nanti aku kena pakat gelak ramai2...hehehe)..
Nasi Minyak
Rendang Ayam
Lemang
Nasi Impit & Kuah Kacang




Ni lah serba-sedikit juadah yang dapat aku share dengan kengkawan tentang menu yang wajib ada setiap kali hari raya...kalau hari2 makan macam ni alamat jadi belon la badan aku ni gamaknya...

Apa pun... apa saja yang kita lakukan, janganlah kita lupakan golongan2 yang kurang bernasib baik di luar sana dan wajib kita mensyukuri segala nikmat yang kita peroleh dari Allah s.w.t... wallahua'lam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...